Karya pelajar Tingkatan 5 Maktab Mahmud Baling
Pada era langit terbuka ini, negara tercinta kita Malaysia telah mengorak langkah untuk menjadi setanding dengan negara-negara membangun yang lain di seantero dunia. Walaupun hanya setengah abad mencapai kemerdekaan, usaha Malaysia untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain harus dipuji.Malaysia kini sedang mengalami proses pembangunan yang pesat seperti cendawan tumbuh selepas hujan ke arah pencapaian matlamat Wawasan 2020. Sebut sahaja nama Malaysia, hari ini semua bangsa di dunia ini sudah tahu di mana dan siapa pemimpinnya.Malaysia kini sedang menempa nama untuk menjadi sebuah negara yang maju dalam sektor pertanian.
Sektor pertanian sebenarnya berkaitan dengan pembangunan sesebuah industri, sama ada perkilangan atau pembuatan.Perusahaan yang berdasarkan pertanian banyak bergantung pada pengeluaran sektor pengeluaran secara langsung. Penanaman getah ada kaitan dengan perusahaan pengangkutan seperti tayar dan eksesori yang diperbuat daripada getah. Sementara itu, bidang penternakan dan perikanan pula menyumbang kepada industri penyediaan daging dan susu, makanan yang diawet serta perusahaan hotel dan restoran.Manakala pembalakan pula ada kaitan dengan perusahaan papan, perabot, pengeluaran kertas, dan percetakan. Jelas bahawa hubungan antara sektor pertanian dengan industri perkilangan dan pembuatan tidak boleh dipisahkan.
Negara kita kaya dengan berbagai-bagai hasil pertanian seperti getah, kelapa sawit, kelapa, nanas, tembakau, lada hitam dan koko. Negara kita juga adalah pengeluar utama getah. Tambahan pula pertanian merupakan bidang pekerjaan yang diwarisi sejak turun temurun lagi. Sektor pertanian merupakan sektor yang penting kepada ekonomi negara. Sektor ini menjadi nadi penggerak kepada sektor-sektor lain dalam proses pembangunan negara kita.
Oleh kerana sektor pertanian merupakan sektor yang menjadi eksport utama kepada negara, maka seharuslah sektor ini dimajukan lagi agar hasil-hasil keluarannya dapat dioptimumkan.Sebagai sektor yng menjadi nadi kepada ekonomi negara kita sentiasa berubah untuk meningkatkan lagi pengeluaran hasil pertanian. Dari dahulu hinggalah sekarang usaha-usaha terus dijalankan.Antaranya memilih kawasan yang sesuai untuk sesuatu tanaman, pemilihan biji benih yang baik, penggunaan baja, teknik penanaman dan proses penyelenggaraan . Begitu juga dengan sistem pengairan, pengawalan banjir, pencegahan penyakit, pasaran, pengangkutan, dan perhubungan turut juga diberikan perhatian utama untuk meningkatkan lagi sektor ini.
Sektor pertanian memang masih mampu menyumbangkan sesuatu dalam meningkatkan ekonomi negara. Oleh sebab itulah kerajaan telah menubuhkan berbagai-bagai agensi dalam sektor pertanian seperti RISDA, FELDA, MARDI, LPN, mengadakan projek pengairan Muda dan Kembubu. Harus diingatkan bahawa negara-negara maju di dunia seperti Amerika, Britain, German, Perancis, Jepun dan lain-lain lagi adalah negara-negara yang maju dalam perusahaan.Tetapi sebelum mencapai tahap negara perusahaan negara-negara ini telah maju dalam bidang pertanian.
Sementelahan perjumpaan teknologi moden dalam sektor pertanian telah menyebabkan hasil pertanian dapat dikeluarkan berlipat ganda. Ini bermakna bahawa negara tidak perlu menngimport hasil- hasil pertanian dari negara-negara lain sama ada hasil bahan-bahan mentah ataupun yang telah diproses.Jika kita mempunyai teknologi yang tinggi kita boleh memproses hasil-hasil tersebut di dalam negara iaitu menjadikannya sebagai satu perusahaan tempatan. Bermakna kita tidak perlu lagi mengimport barang dari luar negeri, tetapi telah dapat menghasilkan sendiri serta dapat pula mengeksport barangan yang telah siap daripada keluaran sektor pertanian kita.
Tidak dinafikan setiap negara di dunia ini mempunyai masalah kemiskinan atau ketidakmampuan modal.Obektif Wawasan 2020 ialah membasmi kemiskinan dengan meninggikan taraf hidup rakyat. Masalah kemiskinan sejak akhir-akhir ini dikatakan menimbulkan beban kepada negara.Oleh itu, bagi mengatasi masalah ini, kerajaan telah melancarkan Kempen Inflasi Sifar supaya rakyat mempunyai kuasa beli yang mudah untuk menolong rakyat miskin.Rakyat akan didedahkan kepada arus pembangunan supaya mereka berfikir secara matang dan dapat mengusahakan sesuatu pekerjaan seperti berniaga atau mengusahakan ladang atau tanah terbiar untuk meninggikan taraf hidup mereka.Kini, masalah itu dapat diatasi walaupun tidak sepenuhnya.Harapan untuk melihat rakyat di kawasan pedalaman, khususnya menikmati taraf hidup yang sama dengan penduduk di bandar menjadi tonggak perubahan perindustrian pertanian ini.
Selama ini, kita melihat masalah pengangguran menjadi penghalang kepada negara untuk mencapai Wawasan 2020.Wujudnya sektor pertanian ini telah banyak mengurangkan masalah pengangguran negara.Kerancakan sektor pertanian kini juga telah membolehkan perindustrian berat dan perkilangan berkembang dengan pesatnya.Sehubungan dengan itu , tumpuan wajar diberikan kepada penduduk di luar bandar yang tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi.
Hasil-hasil pertanian yang boleh kita jadikan barangan siap untuk dieksport ialah hasil-hasil daripada tanaman kelapa sawit; minyak masak, majerin, sabun dan sebagainya. Begitu juga dengan tanaman getah, kita tidak lagi mengharapkan pengeksportan bahan mentahnya. Kita menghasilkan berbagai-bagai jenama dengan memproses bahan-bahan mentah ini di dalam perusahaan tempatan kita untuk dijadikan barangan siap seperti tayar, sarung tangan dan plastik.Ini bermakna kita telah dapat memanfaatkan hasil-hasil dari sektor pertanian menjadikannya sebagai perusahaan-perusahaan tempatan.Sumbangan ini adalah besar kepada ekonomi negara lebih-lebih lagi negara kita yang sedang menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020.
Kesimpulannya, faktor-faktor di atas penting bagi negara kita memasuki era perindustrian pertanian moden seterusnya bersaing dengan negara-negara perindustrian yang telah maju.Dengan itu, rakyat diharap dapat dapat berfikir secara nasional dan mengambil sikap positif atas segala usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan. Rakyat daripada pelbagai kawasan mula menikmati nikmat pembangunan.Hasrat untuk melihat Malaysia menjadi salah sebuah negara perindustrian pertanian moden akan tercapai jika tidak lari dari objektif sebenarnya.Akhirnya sektor pertanian dapat menjana pembangunan negeri.

No comments:
Post a Comment